Penglibatan dalam Pilihan Raya Malaysia Barisan_Jemaah_Islamiah_Se-Malaysia

Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978

Pilihan Raya DUN Kelantan tahun 1978 merupakan pilihan raya pertama yang ditandingi oleh BERJASA. Pilihan raya ini diadakan setahun lebih awal dari masa yang sepatutnya setelah berlakunya krisis politik di Kelantan yang berakhir dengan pelaksanaan darurat. Pengalaman pertama menyertai pilihan raya bagi parti yang baru ditubuhkan dengan memperoleh 11 kerusi daripada 24 kerusi DUN merupakan pencapaian yang memberangsangkan bagi BERJASA. Pilihan Raya Negeri Kelantan 1978 telah menyaksikan kejatuhan pemerintahan PAS selepas 4 penggal. BERJASA yang diatur penubuhan dan kerjasama UMNO didaftarkan dalam tempoh yang pendek sebagai persiapan untuk PRN. 

Dari sudut pembahagian kerusi, 12 kerusi ditandingi BN bagi melawan PAS, 12 kerusi ditandingi BERJASA bagi melawan PAS, manakala baki 12 kerusi ditandingi secara bersama antara BN dan BERJASA bagi menentang PAS.

Hasil keputusannyaː

  • BN menang 23 kerusi daripada 24 yang ditandingi, termasuk semua kerusi yang ditandingi bersama BERJASA bagi melawan PAS.
  • BERJASA pula menang 11 dari 12 kerusi yang melawan PAS, manakala kalah di kesemua 12 kerusi yang ditandingi bersama BN bagi melawan PAS.
  • PAS menang 2 kerusi sahaja

BERJASA kalah kepada PAS di DUN Sering dengan majoriti kecil, 84 undi. Keputusan di 4 kerusi DUN yang ditandingi secara bersama dengan BN bagi melawan PAS iaitu Bandar Pasir Mas, Telipot, Gual Ipoh dan Bandar Machang, calon BERJASA mendapat undi lebih besar berbanding undi calon PAS. Walau bagaimanapun, 5 calon BERJASA hilang wang pertaruhan, di kerusi saingan 3 atau 4 penjuru bersama calon bebas.

Dalam keputusan tersebut, UMNO/BN bersama BERJASA membentuk kerajaan campuran, di mana Tan Sri Mohamed Yaacob, ADUN Lanas dari UMNO/BN menjadi Menteri Besar, manakala Tan Sri Muhamed bin Nasir dilantik sebagai Senator menjawat Menteri Kabinet di Jabatan Perdana Menteri. Selepas daripada itu, BERJASA diterima menyertai BN pada 17 Mei 1980.[9]

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1982, BERJASA diperuntukkan 12 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen yang ditandingi secara langsung dengan PAS dalam PRN 1978, atas tiket BN. Calon BERJASA mewakili BN hanya mampu bertahan 4 kerusi sahaja: Simpangan, Tendong, Tok Uban dan Peringat, dengan majoriti yang berkurangan. Calon BERJASA di Kemumin dan Salor, di samping calon UMNO di Selising hilang kelayakan bertanding, memberikan PAS menang tanpa bertanding di Kemumin dan Selising, sementara di Salor, PAS menang setelah mengalahkan calon bebas yang disokong UMNO.

Pilihan Raya Umum Malaysia 1986

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1986, BERJASA tidak menyertai pilihan raya kerana BERJASA telah keluar dari Barisan Nasional dan membantah penerimaan masuk Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM) ke dalam BN. Presiden BERJASA ketika itu ialah Dato Wan Hashim Wan Ahmad[10].

Pilihan Raya Umum Malaysia 1990

Pada 1989, BERJASA menyertai Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama Parti Melayu Semangat 46, PAS dan HAMIM. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1990, BERJASA diperuntukkan kerusi Sungai Keladi untuk menentang BN yang diwakili MCA. Buat pertama kali, kerusi yang dimenangi oleh calon MCA di pusat bandar Kota Bharu sejak 7 kali pilihan raya ditumpaskan oleh seorang calon Melayu yang bertanding dengan lambang parti BERJASA. Presiden BERJASA, Dato' Wan Hashim Wan Ahmad dilantik sebagai anggota EXCO. 

Pilihan Raya Umum Malaysia 1995

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1995, kerusi DUN Sungai Keladi yang ditukar nama selepas persempadanan 1993, DUN Kota Lama, yang ditandingi oleh Timbalan Presiden BERJASA, Yusoff Mohd Noor kalah kepada calon MCA. Selepas Semangat 46 membubarkan parti dan ahli-ahlinya menyertai UMNO, Angkatan Perpaduan Ummah terbubar sendirinya. Selepas daripada pembubaran APU, BERJASA bersendirian dan tidak aktif dalam politik pilihan raya.[11]

Pilihan Raya Umum Malaysia 1999

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999, BERJASA telah bertanding di Parlimen Kota Bharu menentang BN dan Keadilan. Bagaimanapun, calon tersebut kalah dan hilang deposit.

Pilihan Raya Umum Malaysia 2013

Parti ini muncul semula pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, dengan penampilan berbeza setelah membuat kerjasama dengan NGO Islam iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang meletakkan calon bertanding di beberapa kawasan campuran yang tidak ditandingi oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, prestasi BERJASA dan ISMA pada pilihan raya tersebut tidaklah memberangsangkan setelah kalah di semua 14 kerusi yang ditandingi serta hilang wang deposit [12][13]

Pilihan Raya Umum Malaysia 2018

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, BERJASA turut menyertainya dan bergabung dalam Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai oleh PAS[14]. Gagasan Sejahtera telah bersetuju untuk menggunakan lambang PAS sebagai lambang bersama bagi parti gabungan Gagasan Sejahtera[15]. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kerusi yang ditandingi BERJASA atas tiket sendiri, bukan PAS[16].

Sejarah penyertaan pilihan raya

TahunJenisKawasanNegeriNama CalonCatatan
2019Pilihan raya kecilParlimen Tanjung PiaiJohorProf. Dato' Dr. Badhrulhisham Abdul AzizHilang Deposit
2018Pilihan raya umumParlimen SelayangSelangorBrig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd KarimCalon PAS

Kalah

Parlimen Tanjung PiaiJohorNordin OthmanCalon PAS

Hilang Deposit

Parlimen Cameron HighlandsPahangMohd Tahir KassimHilang Deposit
DUN Batu KurauPerakZainal Abidin Abd RahmanHilang Deposit
DUN Sungai ManikPerakDatuk Mustapa Kamal MaulutHilang Deposit
2013Pilihan raya umumParlimen Cameron HighlandsPahangMohd Shokri MahmoodHilang Deposit
Parlimen BatuWilayah PersekutuanBrig. Jeneral (B) Datuk Hashim Abd KarimHilang Deposit
Parlimen Alor SetarKedahAhmad Fisol Mohd IsaTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen Padang SeraiKedahHamidi Abu HassanTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen TapahPerakShaharuzzaman BistamamTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen SelayangSelangorMohd Hazizi Ab RahmanTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen SubangSelangorMohamad IsmailTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen KaparSelangorMohd Pathan HussinTajaan ISMA

Hilang Deposit

Parlimen SerembanNegeri SembilanAbdul Halim AbdullahTajaan ISMA

Hilang Deposit

DUN KulimKedahMohd Junip HuzayinHilang Deposit
DUN DergaKedahAhmad Fisol Mohd IsaTajaan ISMA

Hilang Deposit

DUN Kuala SapetangPerakZainal Abidin Abd RahmanHilang Deposit
DUN Hutan MelintangPerakAzahari AbdullahHilang Deposit
DUN KajangSelangorMohamad IsmailTajaan ISMA

Hilang Deposit

1999Pilihan raya umumParlimen Kota BharuKelantanMohd Din NizamdinKalah kepada BN dan Keadilan

Hilang Deposit

1995Pilihan raya umumDUN Kota LamaKelantanMohd Yusoff Haji Mohd NorCalon Angkatan Perpaduan Ummah

Kalah

1990Pilihan raya umumDUN Padang GarongKelantanDatuk Wan Hashim Wan AhmadCalon Angkatan Perpaduan Ummah

Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

1983Pilihan raya kecil[17]DUN KemuminKelantanOmar IbrahimCalon Barisan Nasional

Menang

1982Pilihan raya umumParlimen BachokKelantanGhazali Awang IbrahimCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN SimpanganKelantanTahir Abdul AzizCalon Barisan Nasional

Menang

DUN TendongKelantanAbdul Ghani MahmudCalon Barisan Nasional

Menang

DUN Tok UbanKelantanDaud Yatimee AhmadCalon Barisan Nasional

Menang

DUN PeringatKelantanWan Hashim Wan AhmadCalon Barisan Nasional

Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

DUN MerantiKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN Kubang KerianKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN TawangKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN PerupokKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN LemalKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN SalorKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

DUN SeringKelantanCalon Barisan Nasional

Kalah

1978Pilihan raya kecil[18]DUN TendongKelantanGhazali Awang IbrahimMenang
Pilihan raya negeriDUN SimpanganKelantanTahir Abdul Aziz[19]Menang
DUN KemuminKelantanOmar Ibrahim[20]Menang
DUN TendongKelantanDatuk Mohamed Nasir[21]Menang, meletak jawatan pada 19 April 1978 untuk dilantik sebagai Senator
DUN MerantiKelantanHanifa Ahmad[22]Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

DUN Kubang KerianKelantanNik Bahari Shah JusohMenang
DUN TawangKelantanDato' Mohd Daud Mohd AliMenang
DUN PerupokKelantanWan Mohamad Wan AhmadMenang
DUN LemalKelantanNoor Mohamad Mohd DinMenang
DUN Tok UbanKelantanDaud Yatimee Ahmad[23]Menang

Dilantik Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Kelantan

DUN SalorKelantanMohd Safian AwangMenang
DUN PeringatKelantanWan Hashim Wan Ahmad[24]Menang

Dilantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

DUN SeringKelantanChe Ismail Abdullah[25]Kalah tipis kepada PAS
DUN TelipotKelantanHassan Yaakob[26]Kalah kepada BN, Undi melebihi PAS
DUN Bandar Pasir MasKelantanTengku Iskandar Ahmad[27]Kalah kepada BN, Undi melebihi PAS
DUN Gual IpohKelantanShafii Abdul Rahman[28]Kalah kepada BN, Undi melebihi PAS
DUN Bandar MachangKelantanTuan Ismail Tuan MatKalah kepada BN, Undi melebihi PAS
DUN Semut ApiKelantanNik Mat Nik DinKalah kepada BN dan PAS
DUN LanasKelantanShahidin Abdul RahmanKalah kepada BN dan PAS
DUN Sungai RasauKelantanAbdullah AhmadKalah kepada BN dan PAS
DUN SelisingKelantanSetapa Abdul RahmanKalah kepada BN dan PAS
DUN Bandar Pasir PutihKelantanAbdul Razak Awang KechikKalah kepada BN dan PAS
DUN TemanganKelantanAhmad Tabarani HarunKalah kepada BN dan PAS
DUN GuchilKelantanMat Hussin Hassan GulKalah kepada BN dan PAS
DUN JeliKelantanChe Mahmud Mohd AliKalah kepada BN dan PAS
DUNPahang
DUNPahang
DUNPahang
1974Pilihan raya umumDUN TendongKelantanDatuk Mohamed NasirMenang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu

Mengasaskan BERJASA selepas dipecat PAS pada 1977

DUN TelipotKelantanHassan YaakobMenang atas tiket BN-PAS menentang Bebas Bersatu

Menyertai BERJASA pada 1978, sebelum pilihan raya negeri

Rujukan

WikiPedia: Barisan_Jemaah_Islamiah_Se-Malaysia http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-berja... http://www.sinarharian.com.my/politik/isma-tanding... http://www.ismaweb.net/v4/2013/05/keputusan-pru13-... http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/... https://www.facebook.com/Parti-Berjasa-37214291614... https://www.malaysiakini.com/news/409580 https://www.thestartv.com/v/barisan-jemaah-islamia... https://twitter.com/PartiBerjasa https://www.bharian.com.my/node/5160 https://berjasa.org.my/